Tuesday, June 23, 2009

Kalau aku nah ubah lirik lagu ni bleh tak?

Ukay's-Di Sana Menanti Di Sini Menunggu

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua
wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana

Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih seadil-adilnya

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri

Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...

Untuk menguji...


kalau aku nak ubh perkataan "wanita" tu kpd "lelaki" tu boleh tak...arrrggghhhh..tolonglah aku....!!

Monday, June 22, 2009

mari berjogging

kesempatan di pagi hujung minggu yang aman dan tenang telah digunakan sepenuhnya oleh aku n sara berjogging..kul 7 lbih siap2 kuar jogging..sekarang ni wpun seminggu letih keje,rasa mcm dah tak biasa je kalau tido lps subuh...so,apalagi kitorg g jogging ar lebih2 lg dah ade org duk support2 aku suruh kuruskan badan..hahaha.."maaf abg ye!"





Friday, June 19, 2009

Gelaran Datuk untuk Allahyarham Sudirman

Taken from KOSMO 19/06/2009
Gelaran 'Datuk' untuk Allahyarham Sudirman
Rodziah (kiri) menunjukkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang diterima oleh Allahyarham Sudirman kepada Yasmin selepas istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat di Pekan semalam.
PEKAN - Penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad semalam dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran 'Datuk' sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lepas.
Anugerah yang disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar di sini diterima oleh kakak sulung penyanyi itu, Datin Rodziah Arshad.
Sudirman, anak kelahiran Temerloh, meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun.
Rodziah ketika ditemui pemberita melahirkan rasa terharu di atas penghargaan itu.
"Walaupun Allahyarham telah lama tiada, namun anugerah ini melambangkan beliau masih diingati dan dihargai sehingga kini," katanya.
Katanya, beliau bercadang menyerahkan anugerah darjah berkenaan ke Muzium Tokoh di Kuantan selepas berbincang dengan ahli keluarga.
Rakan Sudirman yang juga selebriti terkenal, Yasmin Yusuff, menyifatkan anugerah berkenaan wajar diberikan bagi menghargai bakat dan sumbangan Allahyarham. - Bernama
Pndapat aku: buat apa kite bagi gelaran pd org yg dah takde..tu semua dunia je..sedangkan masa manusia mati pun kain kafan tak bleh disiat menggunakan gunting(gunting-harta dunia),inikan pula gelaran duniawi yg bleh dianggap tnggi dlm ngra ni..tu cuma pendapat aku jer.

Wednesday, June 3, 2009

kakak aku tunang

aku cuti isnin n selasa..tp suruh kawan2 lain punch in kan aku..haha..teruk tak aku? ni gara2 pertunangan akk aku di johor..terpaksa amek cuti 2 hari..huhu..so seperti biasa ayat2 yg biasa kita dgr time org tunang atau kahwin.."amy,kau bila lagi...?"
saufi n sakinah

sirih junjung ni aku lah yang buat...

hantaran kedua2 belah pihak

my siblings

disarungkan cicicin oleh bakal nenek mertua



ni berangan namanya..haha