Friday, July 31, 2009

H1N1 kini di pahang

Wahai kwn2 UIA, lepas ni klau nak gi mana2, kne jaga2lah...
Taken from Kosmo-31 July 2009

H1N1: Empat sekolah di Pahang pula ditutup

KUANTAN - Sebanyak empat buah sekolah dengan 3,288 pelajar di negeri ini ditutup sehingga Ogos ini selepas lapan pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) di sini semalam.
Arahan itu membabitkan 1,220 pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, 680 pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.
Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.
"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

No comments: