Wednesday, February 29, 2012

Cream caramel lapis coklat



Yeah!!berjaya membuat cream caramel lapis coklat..kwn2 yg nak cuba,ni resepinya..

Bahan2
Untuk lapis kuning
3 biji telur
Setengah tin susu cair
4 sudu susu pekat
Setitik pewarna kuning
(boleh letak setengah sudu tepung kastard,kalau xnk pon takpe sbb kalau letak dia jd keras sikit,yg penting jgn letak byk sgt)

Untuk lapis coklat
3 biji telur
Setengah susu cair
5 sudu susu pekat
4 sudu serbuk koko (kalau nak rasa pahit,letak nescafe ckit..nak manis letak milo sikit)

Untuk gula hangus
11 sudu gula pasir
suku cawan air

sebelum start,bolehlah panaskan air untuk mengukus...:-)

Cara-cara
untuk lapis kuning
1. pecahkan telur. then pukul (tak perlu guna mixture pun xpe).
2. masukkan susu cair dan susu pekat
3. masukkan pewarna kuning
4.kacau sehingga sebati

untuk lapis koko
1. pecahkan telur. then pukul...
2. masukkan susu cair dan susu pekat
3. masukkan serbuk koko
4.kacau sampai sebati
p/s:lepas kacau tu,akan ade serbuk koko yang tak lumat(berketul2),so korang kene tapis larutan coklat ni..

Then, buat gula hangus. pastikan periuk betul2 kering yer.
Panaskan periuk kat api dapur,then masukkan 11 sudu gula pasir. Panaskan sampai gula jd warna perang sikit.
Pastikan jangan terlalu hangus tau!!
Bila sudah perang sikit, letak air....then kacau sampai gula tu cair dalam air tu..larutan gula hangus jgn terlalu cair and jangan terlalu pekat..
then,tuangkan dalam loyang sampai agak2 memenuhi lapisan "base" loyang tu (sila tinggalkan sedikit larutan gula hangus untukk topping)..

Now,untuk lapisan pertama ikut suka korang la nak letak warna ape dulu..let say yang coklat tu dulu,..so,letak 2 senduk yang coklat dalam loyang yang ade gula hangus tu..then kukus 10 minit...
lepas 10 minit or kalau dah tgk lapisan coklat dah agak2 keras,letak pula lapisan kuning 2 senduk,then kukus lg sepuluh minit..lepas 10 minit,letak lagi 2 senduk yang coklat plak..ulang la sampai habis semua...

bila dah siap angkat,boleh la terbalikkan caramel tu dan tuang sikit lebihan air gula hangus atasnya...maka siaplah cream caramel lapis coklat

makan sejuk2 la sedap,letak dalam peti ais dulu..:)

No comments: