Friday, June 19, 2009

Gelaran Datuk untuk Allahyarham Sudirman

Taken from KOSMO 19/06/2009
Gelaran 'Datuk' untuk Allahyarham Sudirman
Rodziah (kiri) menunjukkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang diterima oleh Allahyarham Sudirman kepada Yasmin selepas istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat di Pekan semalam.
PEKAN - Penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad semalam dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran 'Datuk' sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lepas.
Anugerah yang disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar di sini diterima oleh kakak sulung penyanyi itu, Datin Rodziah Arshad.
Sudirman, anak kelahiran Temerloh, meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun.
Rodziah ketika ditemui pemberita melahirkan rasa terharu di atas penghargaan itu.
"Walaupun Allahyarham telah lama tiada, namun anugerah ini melambangkan beliau masih diingati dan dihargai sehingga kini," katanya.
Katanya, beliau bercadang menyerahkan anugerah darjah berkenaan ke Muzium Tokoh di Kuantan selepas berbincang dengan ahli keluarga.
Rakan Sudirman yang juga selebriti terkenal, Yasmin Yusuff, menyifatkan anugerah berkenaan wajar diberikan bagi menghargai bakat dan sumbangan Allahyarham. - Bernama
Pndapat aku: buat apa kite bagi gelaran pd org yg dah takde..tu semua dunia je..sedangkan masa manusia mati pun kain kafan tak bleh disiat menggunakan gunting(gunting-harta dunia),inikan pula gelaran duniawi yg bleh dianggap tnggi dlm ngra ni..tu cuma pendapat aku jer.

5 comments:

intan.dayana said...

pelik la skang ni..Org da meninggal tu bia la aman d sane..

taQi said...

betul2...

baik bagi gelaran datuk kat orang yang masih idup ni..hee

amy said...

intan:
tu ar,ri tu bg kat shah rukh khan..skrg kat org mati plak..lps ni aku tak tau nk bg kat sape..apa nak jd ngan mlsia ni
taqi:
ceh,bercita2 bsrnyer ko..tunggulah ko umur 40++,jgn risau,time tu msti ko dpt pgkt datuk punya..hehehe

taQi said...

Gelaran datuk ni ada gred dia..

Datuk A, Datuk B & Datuk C...

Datuk A- datuk anugerah
Datuk B- datuk beli
Datuk c- datuk ada cucu...

pilih la nak jadi datuk mana :P

amy said...

taqi:
ko mesti tak sabar nak yg Datuk C kan..hehe..